Sabtu, 10 November 2012

Isu Syria


Isu penindasan oleh regim Asad kini bukan lagi rahsia. Keangkuhan sebuah kerajaan yang menolak suara majoriti telah menggunakan pengaruh dan kuasa ketenteraannya untuk membunuh rakyatnya sendiri. Atau adakah yang dibunuh itu bukan rakyat pada mereka malah sebaliknya hanya lembu yang dicucuk hidung dan boleh dibuat sesuka hati?


Isu Rohingya

Prihatinkah kita berkenaan isu Rohingya? Kalau dahulu kita boleh menuding jari kepada masyarakat Arab yang kononya kurang prihatin berkenaan isu Palestin, apakah mungkin kini kita pula perlu dituding jari kerana kurang prihatin kepada saudara Rohingya kita yang tertindas tidak jauh dari Malaysia?




Mereka dinamakan sebagai salah satu daripada komuniti yang paling dianiaya di dunia oleh PBB, namun tiada siapa yang tahu nama mereka. Mereka adalah orang-orang yang dilupakan.

Kebelakangan ini, keganasan yang semakin meningkat telah menyebabkan lebih daripada 90,000 orang Rohingya menjadi pelarian. Kampung-kampung dibakar, orang diculik, kem-kem tahanan bertambah, wanita Rohingya dirogol dan kanak-kanak dibunuh kejam. Penganiayaan terhadap Rohingya ini boleh tidak boleh digambarkan dengan perkataan lain selain satu tindakan pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai.

Selamat Berkunjung ke Blog Apekehel

Kredit: LesCopaque Sdn. Bhd.


Blog luahan berkenaan isu-isu yang berlaku di dunia masa kini.