Sabtu, 10 November 2012

Isu Rohingya

Prihatinkah kita berkenaan isu Rohingya? Kalau dahulu kita boleh menuding jari kepada masyarakat Arab yang kononya kurang prihatin berkenaan isu Palestin, apakah mungkin kini kita pula perlu dituding jari kerana kurang prihatin kepada saudara Rohingya kita yang tertindas tidak jauh dari Malaysia?




Mereka dinamakan sebagai salah satu daripada komuniti yang paling dianiaya di dunia oleh PBB, namun tiada siapa yang tahu nama mereka. Mereka adalah orang-orang yang dilupakan.

Kebelakangan ini, keganasan yang semakin meningkat telah menyebabkan lebih daripada 90,000 orang Rohingya menjadi pelarian. Kampung-kampung dibakar, orang diculik, kem-kem tahanan bertambah, wanita Rohingya dirogol dan kanak-kanak dibunuh kejam. Penganiayaan terhadap Rohingya ini boleh tidak boleh digambarkan dengan perkataan lain selain satu tindakan pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan